Popular Posts

Tuesday 28 February 2012

HIKMAHNYA KASIH SAYANG 3

Cintakan Sesuatu Kerana Allah

Kenapa?

Kenapa manusia jarang menangis kerana Allah..?

Kenapa manusia jarang menangis kerana
membaca sejarah nabi…?

Kenapa manusia jarang menangis melihat kesengsaraan palestin..?

Alangkah

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau sujud kepada Allah

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau mengingati perjuangan para nabi & rasul dalam menegakkan kalimah Allah..

Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran kerana engkau tidak mampu membantu saudaramu yang dianiaya oleh Yahudi

Tidakkah

Tidakkah engkau takut akan seksa dan azab Allah?



Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya seringan-ringan siksaan siksaan penghuni Neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya.(dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dashyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

“…Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” [Al Kahfi 29]

Bertaubatlah

Ya Allah, inikah diriku ?
Yang menjalankan perintahMu hanya kerana sesuatu ?
Ya Allah, inikah diriku ?
Yang selalu terselip kemunafikan di kala menghadap Mu ?
Ya Allah, inikah diriku ?
Yang akan merasa takut karena neraka Mu ?

Ya Allah, ampunilah aku…
Yang belum penuh cinta dan khusyu pada Mu
Ya Allah, ampunilah aku….
Jangan jadikan aku di dalam golongan munafiqun
Ya Allah, ampunilah aku….
Tunjukilah…bimbinglah diriku
Agar termasuk orang-orang yang sabar dan ikhlas pada Mu….Amiin Ya Rabbi..

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

KREDIT TO
<Dragon7~
http://www.facebook.com/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788

HIKMAHNYA KASIH SAYANG 2

DOSA ISTERI TERHADAP SUAMI

Assalamu'alaikum wr wb,

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada
sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia
menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Seorang isteri wajib mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar
daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud
derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami
seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum
nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi
seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." (Surah An-Nisa', ayat 33)

Contohnya; Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki
mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya
tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan
sehingga subuh."

Nusyuz atau dosa yang dilakukan seseorang isteri bukan ditetapkan oleh
suami. Perkara itu berlaku apabila siisteri melanggar apa-apa perkara
yang telah ditetapkan oleh syara'. Selalgi siisteri tidak melanggar apa
yang telah ditetapkan syara', walaupun seribu kali suami kata berdosa,
ikutlah apa yang telah ditetapkan. Dosa pahala, syurga neraka bukan
suami yang tentukan. Segala sesuatu itu adalah hak Allah 'azzawajlla.

Hadanallah waiyakum ajma'in, wallahu'alam, wassalamu'alaikum wr wb.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

kredit to
<Dragon7~


http://www.facebook.com/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788

Sunday 26 February 2012

AMALAN HAMIL 12



TANDA-TANDA HAMIL
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

Saturday 25 February 2012

HIKMAHNYA DOA 2


DOA mohon anugerah keturunan dan waris yang baik

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris Yang Paling Baik." (Surah al-Anbiya' ayat 189)


KREDIT TO
http://anizyn.blogspot.com /

Thursday 23 February 2012

AMALAN BERSALIN 1

AIR SELUSUH..

Air selusuh kebiasaannya digunakan ketika saat betul-betul hendak bersalin dengan harapan agar si ibu mudah melahirkan anak.

Berikut saya kongsi amalan dan cara pembuatan air selusuh..namun setiap orang mempunyai cara dan amalan yang berlainan mengenai pembuatan air selusuh ini.

1.Ambil segelas atau sebekas air minuman ( lebih elok air zam-zam)
2.Baca selawat
3.Ayatul kursi
3.Al Falaq
4.An Nas

Hembus atau tujukan bacaan tersebut kepada air tersebut.

INSYAALLAH..ALLAH sahaja yang memudahkan segalanya.

AMALAN HAMIL 11


Cuba berikhtiar secara ISLAM mengikut sunnah rasul sambil amalkan amalan seperti dibawah
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Waaqi’ah ayat 36 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Al-Qasas ayat 79 hingga 88, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.



KREDIT TO Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Posted by: nuriman

Tuesday 21 February 2012

HIKMAHNYA AMALAN 17

Bayi SEDU..

Ada petua yang mungkin ramai orang tahu
Tapi biar saya sharekan sedikit ilmu yang mungkin boleh jadi panduan untuk semua

Dapatkan cebisan atau keratan kecik kertas atau tisu..basahkan dan letak diatas dahi..

INSYAALLAH...cubalah petua nie.

Sunday 19 February 2012

AMALAN HAMIL 10


 JANGAN LUPA utk tukar cara pemakanan kita ke arah yang lebih sempurna..banyakkan makan sayur, buah, banyakkan minum air alkali @ zam2..dan amalkan yang berikut.. mana2 yang berhasil, 
Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. banyakkan juga membaca selawat tafrijiyyah…Semoga dipercepat menimang cahaya mata. 

KREDIT TO Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Posted by: nuriman

Friday 17 February 2012

HIKMAHNYA BAYI

Cara pujuk baby hisap susu

(Sesuai utk baby 3bulan ke bawah)
1. Bedung baby ketat2 supaya mudah kita memegang dan handle baby.
2. Baby perlu dalam keadaan tenang lebih baik waktu tengah mamai bgun tidur.
3. Ambil syringe dan isikan ebm ke dalam syringe. (Minta suami standby ditepi)
4. Geselkan puting pada mulut baby sehingga baby tenganga-nganga.
5. Sepitkan Aerola guna jari telunjuk dan jari hantu supaya puting muncung dan baby dapat menangkap Breast  ibu.
6. Minta suami alirkan susu ke atas breast pastikan mengalir masuk ke mulut baby.
7. Apabila baby mula menghisap sumbatkan sebanyak mungkin kawasan hitam (aerola) ke dalam mulut baby. Tolak sedikit demi sedikit ke dalam mulut baby. Dalam masa yang sama, suami masih mengalirkan ebm dr syringe ke Breast ibu.
8. Jika gagal, berehat sebentar ibu, ayah dan baby perlu bertenang dan ulang lagi sehingga berjaya. 
9. Elakkan penggunaan botol dan puting. Susukan anak menggunakan syringe / sudu / cup feeding.



kredit to http://duniakecilkuini.blogspot.com

HIKMAHNYA MENGANDUNG 3


Tanda-tanda kehamilan

Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.
Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.
Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
Terdapat juga simptom-simptom lain:
keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk)

Bagaimana nak pastikan mengandung?

Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah.
Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing.
Kaedah ini paling popular kerana ia:
  • mudah dilakukan
  • mudah didapati
  • murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
  • ada 'privacy'
  • keputusan segera
Perkara-perkara yang perlu disediakan:
Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.

Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.

Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya

Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.

Thursday 16 February 2012

HIKMAHNYA MENGANDUNG 2


Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Pemeriksaan kesihatan
1. Ujian Darah

Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin .

2. Ujian D&C

Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.

Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.

Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

3. Pemeriksaan Fizikal
Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:
1. Buah dada
2. Kilang tiroid pada leher
3. Sistem peranakan

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

4. Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

5. Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan

6. Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
( Cadangan : Bagi anda yang ingin melakukan pemeriksaan laparoskopi, biasanya perlu dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Anda akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Namun di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN , pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu anda bermalam di wad. Anda hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama)

7. Ujian Hysterosalpingogram
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.



Wednesday 15 February 2012

HIKMAHNYA MENGANDUNG 1


Merancang untuk mengandung?
Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.
Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.
Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).
Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.
Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.
Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.

Tuesday 14 February 2012

HIKMAHNYA DOA 1

"Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya". (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (HR Ibnu Majah) 

3. Doa selepas solat fardhu
"Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu" (HR Al-Tirmizi)


4. Doa di dalam sujud
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (HR Muslim)
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa" ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah
"Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).





KREDIT TO 
http://darulruqiyyah.blogspot.com

HIKMAHNYA SAHABAT


SAHABAT 


Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. 
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih 
dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. 
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. 
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa 
dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. 

HIKMAHNYA SAHABAT 2

JANGAN KAU SALAHKAN SAHABATMU SEKIRANYA DIA MERINDUI KAMU..
KERANA KERINDUANNYA HANYALAH SEBAGAI SAHABAT SEJATI..

JANGAN KAU SALAHKAN PASANGANMU JIKA DIA MENCEMBURUI SAHABATMU..
KERANA CEMBURUNYA PASANGANMU MENUNJUKKAN BETAPA DIA MENYAYANGIMU..

JANGAN KAU SALAHKAN DIRIMU JIKA KAU MERINDUI SAHABATMU DAN PASANGANMU.
KERANA RINDU KAMU SAMA...
TETAPI CARA DAN SEBABNYA BERBEZA...

KAMU PERLUKAN PASANGANMU UNTUK MELENGKAPKAN HIDUPMU..
KAMU JUGA MEMERLUKAN SAHABATMU UNTUK MENDENGAR BICARAMU..

HIKMAHNYA MENGANDUNG


.: Persediaan Sebelum mengandung :.

Bagaimana proses kehamilan berlaku?

Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.
Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.
kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.
setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).
Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.

Monday 13 February 2012

HIMAHNYA SAHABAT 1


SAHABAT SEJATI




“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-


sahabat...doakanlah untuk sahabatmu agar diberi kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan..doakanlah..supaya sahabatmu mudah memperolehi zuriat demi kebahagiaannya..kerana seorang sahabat pasti akan turut merasa bahagia sekiranya sahabatnya memperolehi kebahagiaan






kredit to diarihati.com

HIKMAHNYA SABAR


MAKSUD “sabar” dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.
Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.
Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.
Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:
Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.
Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).
Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: “Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS. 32:24); “Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75); “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas”. (QS.
39:10);
Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya): “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).
Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.
Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.
Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?
Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.
Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.
Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.
Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.
Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa ‘seksaan’ itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka ‘seksaan’ sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.
Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.
Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.
Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.
Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.
Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.
Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.
Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a’lam.
===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

HIKMAHNYA SABAR 1


RASA KECEWA

" Janganlah kamu bersikap lemah, 
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, 
jika kamu orang-orang yang beriman. "

Surah Al-Imran ayat 139


HIMAHNYA SUAMI ISTERI




Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

KREDIT TO

http://lamanmotivasi.blogspot.com

Saturday 11 February 2012

AMALAN HAMIL 9



Saya nak kongsi sedikit tentang kaedah terapi air…pertama sekali sediakan air kosong, kemudian baca bismillah, fatihah, selawat banyak kali… mulakan dengan ayat ni 
( ya Allah izinkan aku untuk berinteraksi dgn air ini, assalamualaikum air…wahai air, engkau adalah makhluk Allah yg taat, masuklah ke dlm tubuhku & rawatlah di bahagian (spesifikkan bhagian mana kt nk brubat), dan kau keluarlah melalui jalan pembuangan (air kecil, besar, peluh @ angin)….kemudian minumlah air itu…amalkan…seelok2nya setiap kali selepas solat dan kene satu niat untuk skali buat….istiqomah..insya Allah dgn izin Allah…..=)

KREDIT TO Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Posted by: nuriman

Friday 10 February 2012

HIKMAHNYA SABAR 2

WANITA..
TABAHNYA KAMU ,
KAMU MEMANG ORANG BIASA ,
NAMUN KAMU MEMILIKI SEMANGAT YANG LUAR BIASA ,

WANITA..
ALLAH TAHU SIAPA YANG DIUJINYA ,
ALLAH PASTI AKAN MEMBERI GANJARAN ,
JIKA KAMU TIDAK BERPUTUS ASA ATAS UJIANNNYA ,

WANITA..
BERUSAHA..BERUSAHALAH,
TADAHKAN TANGANMU DENGAN BERDOA,
MERAYU DAN MEMOHONLAH KEPADA ALLAH,

WANITA..
JANGAN KAU KECEWA DENGAN SUAMI MU ,
BUKAN DIA MENYALAHKANMU KERANA DIRIMU ,
DIA MENYALAHKAN DIRINYA KERANA TIDAK DAPAT MEMBAHAGIAKANMU,

WANITA..
TABAHNYA KAMU.....


INSYAALLAH ... DIA SENTIASA DISISIMU SEANDAINYA KAMU TIDAK MELUPAKANNYA..

AMALAN HAMIL 8





Ini adalah petua bagi mereka yg lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahayamata.
1. Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
2. Buat senama batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik utk semua lelaki yg telah berumahtangga.
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.
Cara melakukan amalan senaman batin:
1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)

KREDIT TO Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Posted by: nuriman

Thursday 9 February 2012

AMALAN HAMIL 7


waktu subur wanita
Oleh : Dr. Azwan
Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.
 KREDIT TO Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Posted by: nuriman