Popular Posts

Wednesday, 8 February 2012

HIKMAHNYA SUAMI ISTERI 1

Wahai lelaki yang bergelar suami..
Jangan kau lepaskan tanganmu dari genggaman isterimu..
Jangan kau memalingkan kasih sayangmu kepada perempuan lain yang bukan isterimu..
Jangan kau sakiti hatinya yang sekian terluka..
Jangan kau mendukacitakannya..

Wahai lelaki yang bergelar suami..
Jangan kau pergi meninggalkannya..
Tidakkah kau tahu dia memerlukan bahumu untuk ditangisi..
Siapakah yang akan menyerikan harinya jika engkau pergi..
Ini bukan kehendaknya..
Dia juga seperti kamu..
Dia harapkan kehadiran CAHAYA MATA untuk dihadiahkan kepadamu..

Wahai lelaki yang bergelar suami..
Kau pujuklah hatinya..
Kau bimbinglah dia...
Kau jadilah sumber kekuatannya..
Kau jadilah pemimpin dalam solat dan doanya..

Wahai lelaki yang bergelar suami..
Semoga engkau mengerti perasaan isterimu..
Dia isterimu...
Katakanlah ... Kamu amat mencintainya..
Susah senanglah bersamanya...

No comments:

Post a Comment