Popular Posts

Friday 9 March 2012

HIKMAHNYA DOA 5



DOA SEBELUM BERSETUBUH

Maksudnya : Jika sesungguhnya seorang daripada kamu akan berjimak isterinya, lalu mengucapkan dengan nama ALLAH, Ya Tuhan kami jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami berdua.

HIKMAHNYA DOA 4


Doa semasa hamil :~
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Saturday 3 March 2012

HIKMAHNYA BERSAMA


POSISI HUBUNGAN SEKS SEMASA HAMIL

Postby shasha on 28 May 2008 11:07
POSISI HUBUNGAN SEKS SEMASA HAMIL (first time hamil)
Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar. 

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil: 

1.Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi. 

2.Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami p**a adalah posisi yang terbaik. 

3.Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan. 

4. Posisi berlutut atau berdiri. 

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil. 

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri. 

Tetapi jangan p**a kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing. 

Adakah Hubungan Seksual 
Semasa Hamil Merbahaya? 


Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal. 

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks. 

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan. 

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi. 

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut: 

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran. 
2. Placenta berada dibawah (plasenta previa) 
3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang) 
4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya. 
5. STD atau penyakit seksual yang menular. 

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

Thursday 1 March 2012

HIKMAHNYA DOA 3

DOA SI ISTERI..

YA ALLAH ...
andai suamiku ini adalah pilihan-MU di Arash
berilah aku kekuatan untuk terus bersamanya,
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di titian MU
kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan redha atas segala perbuatannya,
Andai suamiku ini adalah bidadara untukku disyurga-MU ,
limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintahmu ,
Andai suamiku ini adalah yang terbaik untukku ,
peliharalah tingkahlakuku daripada menyakiti perasaannya.

Tapi YA ALLAH...
Andai suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang ,
KAU tunjukkanlah jalan terbaik untuk kuharungi segala dugaan-MU ,
Andai suamiku tergoda dengan keindahan dunia-MU ,
limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya , Andai suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalikuan , kurniakanlah kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya ,
Andai suamiku mencaitai kesesatan ,
KAU pandulah aku untuk menariknya dari terus terlena .

Amin , amin , amin YA RABBAL ALAMIN..

*Doa ini baik untuk diamalkan secara beristiqamah semoga mendapat kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

Kredit to ( 100 pesanan terakhir RASULULLAH..Muhd Nasruddin Dasuki , karangkraf )

AMALAN HAMIL 13


DOA mohon anugerah isteri dan keturunan yang menyenangkan hati

"Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74).