Popular Posts

Wednesday 8 February 2012

HIKMAHNYA PETUA

satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

Berikut dikongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia nampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.



No comments:

Post a Comment