Popular Posts

Tuesday 7 February 2012

HIKMAHNYA DOA



Doa umpama cahaya terindah,Memujuk jiwa yang sedang gundah.

Doa senjata setiap Mukmin,Bermula ‘Bismillah’ dan disudahi ‘Amin’.
Doa anugerah dari Yang Esa,Tanda kasih seluas angkasa.
Dengan doa teguhlah harapan,Hati mekar bersama impian.
Muslim sejati selalu berdoa,Kala gembira mahupun berduka.
Doa disebut setiap ketika,Menghalang bisikan syaitan celaka.
Kala berdoa beradab sopan,Berakhlak santun menghadap Tuhan.
Dalam doa ada harapan,Dalam harapan pahala berganda.
Allah tidak nampak di mata,Tetapi bergetar di dalam jiwa.
Bergantung hidup pada manusia,Esok lusa dia kan lupa.
Bergantung harap pada Ilahi,Hidup pasti lebih diberkati.
Selepas solat panjatkan doa,Zikir dan tasbih peneman utama.
Dengan mengingati Yang Maha Pemurah,Hati bersih tiada gelisah.
Tika berjaya usahlah leka,Bimbang ditarik nikmat yang ada.
Betapa besar rezeki digapai,Selalulah bersyukur pada YANG ESA.

CREDIT TO Kata-Kata Mutiara

No comments:

Post a Comment